Wednesday, September 5, 2012

   Modul ini disusun untuk membolehkan para pelajar Program Pensiswazahan Guru
Sekolah Rendah (PPG) bagi mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) memahami tentang kursus
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer. Modul ini
memperkenalkan kepada anda, tajuk-tajuk yang perlu dilaksanakan. Terdapat juga maklumat
berkaitan panduan dan tunjuk cara menghasilkan sesuatu produk pembelajaran. Kebanyakan
kandungan kursus ini memerlukan amali, pelajar perlulah sentiasa mempraktis secara terus
dengan merujuk modul dan tanpa merujuk modul. Modul ini hanya panduan umum sahaja,
berbincanglah dengan pensyarah dan rakan sekuliah bagi mengikuti kursus ini sejaya mungkin.
Modul ini mepunyai 15 tajuk yang dibahagikan kepada lima kali interaksi. Dalam satu
interaksi mengandungi tiga tajuk utama. Maklumat tersebut boleh dirujuk dalam Agihan Tajuk
kursus. Diharapkan semua pelajar berjaya mengikuti kursus ini dan menjadi guru berinovasi.